.
Manjakusayang

Pemeriksaan 10 Peringkat Puspakom

3

Topik :

bahagian bawah Pemeriksaan 10 Peringkat

Pemeriksaan 10 peringkat ini adalah 10 jenis pemeriksaan yang dijalankan di Pusat Pemeriksaan Puspakom di seleruh negara, Pemeriksaan ini dijalankan bagi kenderaan yang melakukan pemeriksaan Khas, Awalan, Berkala, persendirian dan juga pemeriksaan Sukarela. Pemeriksaan khas adalah pemeriksaan yang meliputi pemeriksaan tukar enjin, Perakuan Pendaftaran Hilang, Pertukaran nombor pendaftaran dan ada beberapa lagi jenis – jenis pemeriksaan khas termasuk ubahsuai badan (kenderaan kemalangan), ubahsuai kenderaan (kenderaan perdagangan).

Pemeriksaan Awalan pula adalah pemeriksaan dimana kenderaan yang hendak didaftarkan untuk kenderaan barangan, perniagaan, bas sekolah, bas express, bas persiaran, bas kilang, lori rigid, bersendi dan pelbagai lagi bagi tujuan perdagangan, termasuk teksi. Untuk pemeriksaan teksi permit dari lpkp diperlukan dan bagi bas persiaran permit diberi dibawah kementerian perlancongan malaysia (KPL)

Bagi yang belum mengetahui, pemeriksaan berkala adalah pemeriksaan yang melibatkan kenderaan perdagangan yang wajib hadir untuk pemeriksaan setiap 6 bulan sekali bagi menguji tahap keselamatan pada kenderaan selain kenderaan tersebut mematuhi peraturan dan undang – undang yang telah ditetapkan. Kemungkinan kita akan ulas lagi tentang pemeriksaan Awalan dan Pemeriksaan Berkala ini  pada masa akan datang. Bagi kenderaan persendirian yang sukarela nak mengetahui keadaan kenderaan boleh membuat pemeriksaan sukarela mengikut fee yang telah ditetapkan.

Jadi Sepuluh peringkat Pemeriksaan di puspakom Adalah:-


1. Pemeriksaan Identiti.
- Pemeriksaan identiti ini adalah pemeriksaan nombor enjin dan nombor casis, pemeriksaan dilakukan bagi tujuan pengesahan samada nombor enjin dan nombor casis pada kenderaan adalah sama dengan perakuan pendaftaran (geran), dan juga mengesan samada terdapat ganguan pada nombor enjin dan nombor casis (tempered Number).

2. Pemeriksaan Bahagian Atas
- Pemeriksaan berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (RTO 1987) dimana semua komponen bahagian atas kenderaan diperiksa mengikut RTO 1987 ini, contoh pemeriksaan bahagian atas adalah Lampu depan dan Belakang, Lampu nombor pendaftaran (Lampu yang Wajib Ada) , cermin (Tiada cermin yang retak melebihi 6 inci, Nombor pendaftaran yang mengikut Saiz yang telah ditetapkan dan beberapa komponen lain lagi..

3. Pemeriksaan Asap.
i. PERATURAN – PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING  (KAWALAN PELEPASAN DARIPADA ENJIN DIESEL) 1996*. Nama dan mula berkuatkuasa (peraturan – peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan Hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 September 1996.
- Ketumpatan Asap diesel maksimum yang dibenarkan.
Ketumpatan maksimum asap pada berhampiran poin akhir pelepasan daripada paip ekzos mana – mana kenderaan motor apabila di uji di bawah ujian pecutan bebas dengan meter asap tidak boleh melebihi 50HSU atau dalam unit setara atau dalam unit % atau dalam unit yang lain.
ii. Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol 1996 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 september 1996.
Standard Pelepasan Bagi Enjin Petrol Dipakai.
-Bagi model sedia ada bermakna kenderaan sehingga tahun 1996  tahap maksimum karbon monoksida ialah 4.5% dan Hidrokarbon 800 ppm (bahagian Setiap juta).
-Bagi kenderaan yang dibina pada tahun 1997 sehingga kini tahap maksimum karbon monoksida ialah 3.5% dan Hidrokarbon 600ppm (bahagian setiap juta).
Itu adalah tahap pelepasan asap bagi enjin diesel dan petrol mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

4. Pemeriksaan Kecekapan Brek.
menguji setiap tahap kecekapan brek, tahap kelulusan brek ialah hadapan 51% keatas dan Belakang 51% ke atas, bagi kenderaan yang menggunakan ABS kadar kecekapan brek yang diperlukan ialah 30%. Ini termasuk Dynamic Imbalance brek depan dengan tahap kelulusan 15% kebawah.

5. Pemeriksaan Gelincir Sisi (side – slip)
Kalau bahasa kampungnya periksa elemen gitu..  tahap kelulusan nya mestilah pada 15% kebawah.. pemeriksaan gelincir sisi ini dilakukan pada hadapan sahaja.

6. Pemeriksaan Sistem Gantungan. ( Suspension Test)
Bagi permeriksaan sistem gantungan ini ianya dilakukan bagi mengesan sekiranya terdapat sistem suspension bagi setiap axle kurang berkesan dimana kadar keputusan bagi setiap kelulusan memerlukan tahap 24% keatas.. kalau dapat 24% tu kira – kira cukup makan je.. bukan apa pada tahap ni kemungkinan  spring dan shock Absober telah mengelami kerosakan.

7. Speedometer.
bagi pemeriksaan ini tujuanya adalah untuk mengetahui kadar kelajuan speedometer berbanding kecepatan tayar berpusing pada jalan. Sebagai contoh pada meter kenderaan digerakan sehingga 40km/j dan kita lihat pada monitor kadar kelajuan sebenar. Selalunya ianya kurang sedikit berbanding meter.. kira kalau kat atas highway tu kalau bawa had sehingga 120km/j padahal sebenarnya kelajuan tersebut ialah 110km/j. Rasanya pengeluar memang buat macamtu kot..

8.  Headlight Test
- Menguji tahap keamatan unjuran lampu besar kenderaan. Test silau tak silau macam tu le, cahaya ini di ukur dalam unit lux, tahap kelulusan dia pulak tak ingat.. hehehe, biasanya mesin ni memanjang rosak.. tapi sekarang tak tau le.. try le check dan tanya kat Vehicle Examiner..

9.  Pemeriksaan Bahagian Bawah
- Semua komponen pada bahagian bawah diperiksa, termasuk ball joint, axle, segala – galanya kat bawah tu, long shaft ke, paip brek kot – kot ada yang bocor dan lain – lain lagi.

10. Pemeriksaan Cermin.
Macam biasa pemeriksaan cermin ini diuji untuk mengetahui tahap ketelusan cahaya. cermin hadapan 70% ke atas, cermin sisi kiri dan kanan 50% keatas dan cermin belakang 50%.
Begitulah serba sedikit yang aku tahu mengenai 10 pemeriksaan di puspakom.. kalau ada yang lebih berpengalaman dengan pemeriksaan di puspakom apa lagi…

Comments (3)

Terbaek bro!!!

kalau dulu kereta manual telah ditukar kepada auto lepas tak untuk check puspakom ni?

Speedometer motosikal tak hdup bleh inspection tak bro

Post a Comment


Jom layan sembang
PageRank Checking Icon My Ping in TotalPing.com http://Link-exchange.comxa.com Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net World Cup 2010 South Africa 2010 Dr.5z5 Open Feed Directory

Banner Korang Kat Sini

AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION

Backlink

Layan Pelawat