.
Manjakusayang

Tips Elak Diragut

0

Topik : ,




1. Berjalan bertentangan arus kenderaan supaya boleh nampak tindakan yang mencurigakan...


Perkara basic sebegini yang sebenarnya ramai dari kita terlupa. Jika kita berjalan mengikut arus kenderaan, kita tak akan nampak kenderaan di belakang kita betulkan? Dan perkara nie akan menyenangkan tugas para peragut kerana dengan senang lenang mereka meragut kita. Ini kerana kita tidak dapat melihat sebarang tindakan yang mencurigakan...Tetapi jika kita berjalan bertentangan arus kenderaan, kita bukan saja dapat memerhatikan tindakan yang mencurigakan, kita juga dapat mengawal dan sentiasa bersiap sedia dengan apa saja yang berlaku kerana mata kita sedang dalam lingkungan kawalan kita sebenarnya...


2. Ketika berjalan, rapatkan beg tangan ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan...

Ini barulah cara yang betul untuk membawa beg tangan cik Kiah woi. dari pemerhatian saya selama nie,saya tengok ramai wanita yang membawa beg tangan ala-ala datin gitu. Yang mana, tangan membengkok sedikit yang berbentuk 'V' kemudian, beg tangan tue digantung dengan cara yang cukup ala kadar di bahagian siku tue. Bagi yang selalu buat macam nie, saya nasihatkanlah dan minta tolonglah sangat-sangat, ubahlah gaya membawa beg tue jika mahu selamat. Kini lupakan gaya ala-ala datin dan cik Kiah tue, ubahlah kepada gaya di atas nie ya...

 3. Bawalah dompet yang boleh disimpan dalam kocek...
 
Kalau pergi mana-mana tue, saya suka tengok atau pun sekodeng ragam manusia. Terutamanya kaum wanitalah kan, apa barang sekodeng lelaki. Mahu jadi gay kah sekodeng lelaki hahaha..Maksud saya, kaum wanita nie kalau bawa beg tangan tue, adoi yai punyalah besar. Lepas tue siap ada anu apa nie, labucilah ada macam biji-biji berlianlah yang berkilau-kilau. Nie semua kalau korang ada beg macam nie, saya harap korang simpanlah kat dalam kotak, lepas tue masukkan dalam stor. Tak payahlah nak bergaya sakan bawa beg besar-besar nie, memadailah dengan bawa dompet yang boleh korang simpan dalam poket. Beg besar nie bukan apa, nanti peragut ingat banyak duit dalam tue...

4. Jangan tinggalkan dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai...

Biasalah kita nie kan, kadang-kadang dompet dan handpone yang canggih manggih tue dah selamat kat dalam poket seluar tue. Tetapi asalkan sampai kat meja makan, mesti minta puji keluarkan dompet dan handpone letak kat atas meja makan. Nie pun banyak yang telah jadi mangsa. Sedang asyik berbual dengan member sambil makan mee goreng mamak, zup...macam kilat peragut datang..habis dompet dan handpone kena ragut...

5. Jangan sekali tunjukkan atau pamerkan kandungan dompet, terutama wang tunai atau barang kemas korang tue...

Peh, apa tak peragut nak meragut korang semua, nah..gelang penuh satu lengan tue, kalau boleh pakai gelang nak sampai cecah bahu tue. Rantai kat leher jangan cakaplah, besar macam tali kapal laut, kalau di tarik peragut boleh terjerut leher tue nanti. Tak salah nak bergaya dengan barang kemas tue, tetapi beringat-ingat dan berpada-padalah. Kesian kat suami korang, penat dia kerja tue semata-mata nak belikan gelang dan rantai untuk korang semua. Iyalah, gilakah tak sayang bini...kekeke...

6. Jangan letak beg tangan korang dalam bakul terbuka di depan motosikal...



Akak-akak dan abang-abang sekalian, kalau letak beg dalam bakul tue alamatnya habislah peragut senyum jer sambil meragut beg tue. Kalau boleh, pasanglah kat motor kita bakul yang bertutup kat belakang tue. Kalau nak gerak jer simpan saja beg tue dalam bakul tue dan kemudian kunci. Kalau tak mampu juga nak pasang bakul macam tue. Tak payah guna beg tangan. Gunalah beg apa nie namanya, ala beg yang sangkut kat belakang tue.. 

7. Bawa payung untuk melindungi diri bila berdepan penjenayah.

Sentiasalah membawa payung apabila berjalan tue. Selain boleh melindungi dari hujan dan panas, kita juga boleh mempertahankan diri dengan payung tue apabila diserang oleh peragut. Bawa payung pula jangan alang-alang, bawalah payung yang besar sikit. Kalau peragut tue sekadar bersenjata parang pendek dan pisau, janganlah terus panik. Rilek dan bertenang, kat sini saya akan kongsikan dengan korang bahagian pusat maut dalam tubuh badan manusia. Maksud saya bukanlah pula dengan pukulan yang lemah lembut, tetapi dengan pukulan yang kuat akan melemahkan penyerang dan juga mungkin akan membunuh peragut terbabit...


Yah, mari sini rapat-rapat...Sebenarnya point-point maut kat atas nie asas utamanya adalah pusat yang terletak kat perut korang tue. Korang bolehlah kira atau ukur sejengkal dari pusat korang sendiri. Yang mana itu semua adalah pusat maut atau pun jika dipukul dengan kuat di bahagian tue, akan melemahkan seorang manusia. Saya bukanlah seorang pendekar atau seorang pahlawan, tetapi sekadar berkongsi apa yang saya tahu untuk keamanan sejagat. Ceh, ayat..Ok mari kita mulakan...

Titik A : Bahagian Dahi.
Titik B : Bahagian hidung dan mata.
Titik C : Leher(sasaran utamanya buah halkum tue)
Titik D : Bahagian dada. (sasaran utama tengah2 dada)
Titik E : Pusat (kalau yang pernah rasa orang sepak bola kena kat sini, macam tak boleh bernafaskan)
Titik F : Bahagian kemaluan.
Titik G : Bahagian paha.
Titik H : Tempurung lutut.
Titik I : Betis (sasaran tulang kering tue)

Comments (0)

Post a Comment


Jom layan sembang
PageRank Checking Icon My Ping in TotalPing.com http://Link-exchange.comxa.com Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net World Cup 2010 South Africa 2010 Dr.5z5 Open Feed Directory

Banner Korang Kat Sini

AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION

Backlink

Layan Pelawat