.
Manjakusayang

Anda Ada Saham Carlsberg?

2

Topik : ,


Pertanyaan di atas saya tanya kepada anda semua yang membaca artikel ini. Saya pasti 100% dari pembaca akan mengatakan tidak. Alhamdulillah kerana anda masih boleh membezakan antara halal dan haram.

Bagaimana pula jika saya katakan jika anda seorang pekerja makan gaji yang tertakluk kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 di mana mewajibkan anda untuk mencarum kepada Perkeso, anda adalah penyumbang kepada saham Carlsberg.

Percaya atau tidak? Baca seterusnya di bawah ini.

Berdasarkan laporan tahunan bermula 2007 hingga 2009 dari Syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad telah membuktikan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial [ PERKESO ] merupakan pemegang saham di dalam syarikat tersebut .


PERKESO merupakan sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan polisinya adalah memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja – pekerja serta tanggungan yang layak . PERKESO memperolehi dananya melalui kutipan caruman yang dikutip setiap bulan dari potongan gaji pekerja .


Persoalannya ialah hampir 90% kakitangan PERKESO merupakan kakitangan yang beragama Islam dan ini akan menimbulkan kerunsingan dan kerisauan yang serius kepada mereka apabila sumber pendapatan mereka diragui halal dan bersih .


Sebagai sebuah negara ummat Islam , sepatutnya kerajaan peka perkara ini dan tidak meletakkan rakyat rasa terhina dengan perkara seperti ini . Apakah tidak syarikat lain untuk PERKESO miliki sahamnya sedang mereka menyedari sebahagian besar kakitangan mereka adalah muslim .


Kerajaan sewajarnya bertanggungjawab lantaran PERKESO adalah sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia .


Laporan Tahunan 2007 – 2009
Syarikat Calsberg Brewery Malaysia Berhad .


sila klik url di bawah untuk melihat laporan yang lebih jelas :
[ http://www.carlsbergmalaysia.com.my/web/investor/pdf/ar/2009/ar09_120-121.pdf ]










 Duit haram inilah yang selama ini menjadi darah daging! Anda sebagai umat Islam akan terus berdiam diri? Terpulang kepada anda, tunggulah bala dari Allah S.W.T.


Dalam satu hadis yang masyhur, Nabi Muhammad s.a.w. menyifatkan arak sebagai ibu atau kepala kepada segala maksiat. Hukum haram arak itu pula tidak terbatas hanya kepada peminumnya, sebaliknya itu turut diharamkan kepada beberapa pihak lain yang terlibat dengan penyediaan arak.


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Dalam persoalan arak ada 10 orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuat, pengedar, peminum, pembawa, pengirim, penuang, penjual, pemakan hasil wangnya, pembayar dan pemesannya”. (hadis riwayat Anas)

Comments (2)

wahhh dahsyat info ni...

hmm.. dierog pilih arak n judi sebab benda tu asyik untung jar..
susahnya hidup bila kita diperintah org tak reti agama... hu3..

kerajaan sila amik tindakan...

Post a Comment


Jom layan sembang
PageRank Checking Icon My Ping in TotalPing.com http://Link-exchange.comxa.com Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net World Cup 2010 South Africa 2010 Dr.5z5 Open Feed Directory

Banner Korang Kat Sini

AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION

Backlink

Layan Pelawat