.
Manjakusayang

Puasa Arafah di Malaysia

0

Topik :


Puasa hari Arafah untuk umat Islam di negara ini, ialah pada 16 November bersamaan 9 Zulhijjah, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.


Beliau berkata ini berikutan penetapan Hari Raya Aidiladha pada 17 November dan permulaan 1 Zulhijjah, hari ini.


Katanya pada tahun ini Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada tarikh yang sama.

Mengenai penentuan Hari raya Aidiladha tahun ini, katanya cawangan falak jabatan itu telah menggunakan kaedah rukyah atau cerapan dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah iaitu kebolehnampakan, yang turut diterima oleh Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura sejak 1992.


“Berdasar rekod cerapan anak bulan Zulhijjah 1431 Hijrah di sebanyak 30 tempat cerapan rasmi di negara ini oleh Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia pada Sabtu lepas, telah mendapati anak bulan tidak kelihatan di kesemua tempat cerapan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


“Hasil data cerapan tersebut kedudukan hilai atau anak bulan telah tidak memenuhi kriteria ketetapan Imkanur rukyah atau kebolehnampakan,” katanya sambil menambah semalam telah ditetapkan sebagai hari genapnya bulan Zulkaedah dan hari ini sebagai permulaan Zulhijjah.


“Kriteria imkanur rukyah adalah ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada dua darjah dan jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang daripada tiga darjah,” katanya.


Wan Mohamad berkata satu lagi kaedah ialah ketika hilal terbenam apabila umur hilal tidak kurang daripada lapan jam (kaedah ini diambil kira selepas ijtimak berlaku).


Beliau berkata orang ramai boleh mengakses dan merujuk Info Kriteria Imkanur-rukyah di Malaysia dan data-data berkaitan melalui laman web jabatan itu di islam.gov.my. — Bernama

Comments (0)

Post a Comment


Jom layan sembang
PageRank Checking Icon My Ping in TotalPing.com http://Link-exchange.comxa.com Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net World Cup 2010 South Africa 2010 Dr.5z5 Open Feed Directory

Banner Korang Kat Sini

AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION

Backlink

Layan Pelawat