Dari kedai kopi hingga ke dalam official meeting pun orang dah sibuk cerita pasal Piala Dunia. Masing² dengan pasukan yang mereka sokong & jangka akan memenangi Piala Dunia. Ada yang menyokong sesebuah pasukan itu sebab pemain yang diminati. Ada juga yang disebabkan pasukan tu bekas juara Piala Dunia yang lepas. Ada juga yang sokong sebab suka kepada kejohanan liga bolasepak negara tersebut. Tapi yang tak boleh tahan bila orang yang tak pernah tengok bolasepak pun boleh kata diorang sokong sesebuah pasukan tapi bila tanya saiapa top player pasukan tu, tak boleh jawab pula. hehehe ...
Sebelum anda membuat pilihan, berikut adalah beberapa fakta sejarah yang perlu anda pertimbangkan sebelum memilih pasukan pilihan anda.
- Tiada pasukan dari Eropah yang berjaya memenangi Piala Dunia di luar Eropah.
- Semua pasukan pemenang Piala Dunia adalah dari benua yang sama dengan negara tuan rumah. Hanya 2 kali dimenangi oleh pasukan dari benua yang lain iaitu Brazil 2 kali menang di Sweden pada tahun 1958 dan menang di Korea/Japan pada tahun 2002.
IL sempai membuat carian tentang ramalan/jangkaan pasukan Juara Piala Dunia 2010. Pasukan pilihan utama adalah yang disebut dahulu.
JP Morgan - England, Sepanyol, Belanda
Jean-Francois Mercier, Citi Chief Economist - Sepanyol, Brazil
bodog.com - Sepanyol, Brazil, Argentina
UBS - Brazil, German, Italy
economist.com - Sepanyol, Brazil, Argentina
Tapi IL paling suka jangkaan dari lagenda dunia seperti di bawah ni.
Diego Maradona - "Pengalaman mengajar saya bahawa Piala Dunia akan dimenangi pasukan yang meningkat semasa kejohanan, bukan yang terbaik."
Pasukan pilihan Infolayan?
Sudah tentunya German sebab IL adalah peminat tegar pasukan German.
Cuma untuk edisi kali ini IL memilih Agrentina sebagai juara.
Siapa pasukan pilihan anda pula?
Comments (0)
Post a Comment