.
Manjakusayang

AIM17 - Senarai Pemenang

0

Topik : , ,


Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi menyaksikan 24 pemenang bagi setiap kategori telah diumumkan.


Antara karya yang telah meraih kejayaan adalah lagu dendangan Yuna, Dan Sebenarnya yang meriah gelaran Lagu Terbaik untuk AIM 17 ini.


Lagu ciptaan Yuna sepenuhnya itu telah menewaskan lagu Dia Muhammad (In-Team), Enjut (Noraniza Idris), Situasi (Bunkface), dan Cerita Kedai Kopi (DJ Fuzz & Malique feat Salam).


Album Adrenalin dari Faizal Tahir hasil terbitan Audi Mok, Faizal Tahir dan Ahmad Izham Omar pula memenangi Anugerah Album Terbaik menewaskan Allahu Rabbi (InTeam), Dayang Live (Dayang Nurfaizah) dan K.O. The Mixtape (DJ Fuzz & Malique).


Anugerah Kembara pula diterima oleh Bunkface di atas kejayaan mereka membawa muzik negara ke persada antarabangsa. Manakala Anugerah Wirama diterima oleh Adnan Abu Hassan di atas sumbangan beliau dalam industri muzik tanahair.


Malam Kemuncak AIM17 yang bermula seawal jam 8.30 malam tadi, disiarkan secara langsung di saluran NTV7 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Pada segmen persembahan yang pula itu menyaksikan kemunculan penyanyi tempatan yang berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa iaitu Zee Avi.


Acara yang dihoskan Afdlin Shauki & Adibah Nor Penyanyi itu juga turut menampilkan persembahan daripada Dato’ Siti Nurhaliza, Dato Sheila Majid, Krisdayanti, Faizal Tahir, Ayu, Shila, Yuna, Riz, Aizat, Alif Satar, Altimet, Dafi, DJ Fuzz, Iqwal, Jaclyn Victor, Mila dan Point Blanc.


Sementara selebriti yang menyampaikan anugerah pula terdiri daripada Amanda Imani, Hafiz, Diana Danielle, Colabr8, Basil (FlyFM), Jo-Anna Henley, Liyana Jasmay, Mawi, Prema Yin, Ruffedge, Soo Wincci, Tini (Hot FM) dan Shruthi.


Berikut senarai pemenang bagi 24 kategori yang dipertandingkan.


Artis Baru Terbaik


Azlan & The Typewriter
Bunkface
Prema Yin
Tomok
Yuna – Pemenang


Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)


Faizal Tahir (Bercinta)
Hazami (Survivor) - Pemenang
Jamal Abdillah (Tak Hilang Cinta Di Dunia)
Riz (Kehilangan Kamu)
Vince Chong (Buah Hati)


Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)


Dato Siti Nurhaliza (Ku Percaya Ada Cinta) - Pemenang
Dayang Nurfaizah (Hilang)
Jaclyn Victor (Bertamu Di Kalbu)
Juwita Suwito (Sejak Hadirmu)
Yuna (Dan Sebenarnya)


Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu


Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti (Amarah) – Pemenang
DJ Fuzz & Malique feat Salam (Cerita Kedai Kopi)
InTeam (Allahu Rabbi)
Rabbani (Kejora Sinar Zaman)
Ruffedge (Pemuja Dari Jauh)


Kulit Album Terbaik


Sarah Joan Mokhtar (To Prevent The Earth From Moving With You – Disagree) - Pemenang
Aida/Nizam Rahmat (Liyana Jasmay – Liyana Jasmay)
Ong Chen Han (All About Rynn – Rynn Lim)
Rewan Ishak (The Great Battle – Sevencollar T-Shirt)
Anthony Ho (Kronologi Cinta – Vince Chong)


Rakaman Album Terbaik


Akasha (Into…Akasha) – Pemenang
Ayu (Inspirasi)
Dayang Nurfaizah (Dayang Live)
Hattan (Inderawala)
Prema Yin (Eyo Eyo)


Video Muzik Terbaik


Fiqir-Fiqir (Ahli Fiqir)
Haley (Disagree)
Osaka (Disagree)
Oh! Sizuka (Pop Shuvit) - Pemenang
Eyo Eyo (Prema Yin)


Lagu Pop Etnik Terbaik


Dusta Berkalang (Aiman)
Penangan Rindu (Ghazal)
Barangkali (Mawi)
Enjut (Noraniza Idris) - Pemenang
Inang Anak Perantau (Saujana)


Album Nasyid Terbaik


Syukran (Hafiz Hamidun)
Allahu Rabbi (InTeam) – Pemenang
Suatu Perjalanan (Marjan)
Mahabbah ( Rabbani)
Nota Cinta (Saujana)


Lagu Nasyid Terbaik


Allahu Rabbi (InTeam)
Dia Muhammad (InTeam) – Pemenang
Kejora Sinar Zaman (Rabbani)
Mahabbah (Rabbani)
Syahadah (Rabbani)


Album Rock Terbaik


Adrenalin (Faizal Tahir) - Pemenang
Rasa (Flop Poppy)
Mencari Konklusi (Hujan)
Prolog 2009 (Maximus)
Rasopariso (XPDC)


Lagu Rock Terbaik


Kelibat Si Penyair (Azlan & The Typewriter)
Situasi (Bunkface) - Pemenang
Bencinta (Faizal Tahir)
Mencari Konklusi (Hujan)
Drama King (Meet Uncle Hussain feat Black)


Album Pop Terbaik


Tahajjud Cinta (Dato Siti Nurhaliza
CTKD (Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti)
Dayang Live (Dayang Nurfaizah) - Pemenang
Aku Stacy (Stacy)
Kronologi Cinta (Vince Chong)


Lagu Pop Terbaik


Pergi (Aizat)
Masih Jelas (Hafiz)
Permaisuriku (Jay Jay)
Cinta Ada (Karen Kong/Dato Sheila Majid/Jaclyn Victor)
Dan Sebenarnya (Yuna) – Pemenang


Album Hip Hop Terbaik


Irama Berirama (Ahli Fiqir)
Jian (Altimet)
1212 (Colabr8)
K.O. The Mixtape (DJ Fuzz & Malique) - Pemenang
The Turning Point (Point Blanc)


Lagu Hip Hop Terbaik


Chantek (Altimet)
Syukur (Altimet)
Sayang-sayang (Altimet, DJ Fuzz)
Masih Hip Hop (DJ Fuzz & Malique feat Daly & Altimet)
Cerita Kedai Kopi (DJ Fuzz & Malique) – Pemenang


Album Inggeris Tempatan Terbaik


Yeah (Amanda Imani)
To Prevent The Earth From Moving With You (Disagree) - Pemenang
Running (Hazami)
The Turning Point (Point Blanc)
The Great Battle (Sevencollar T-Shirt)


Lagu Inggeris Tempatan Terbaik


Prom Queen (Bunkface)
Haley (Disagree)
Osaka (Disagree)
Survivor (Hazami)
Deeper Conversation (Yuna) – Pemenang


Album Cina Tempatan Terbaik


Stardom (Andrew Tan)
One & Only-Jeanie (Jeanie Lee)
I’m Karen (Karen Kong) - Pemenang
All About Rynn (Rynn Lim)
Thomasjack (Thomasjack)


Lagu Cina Tempatan Terbaik


Stardom (Andrew Tan)
Na Han (JK Chen Jia Kai) - Pemenang
Insane (Jovi Theng)
Tian Shan (Karen Kong)
Sunrise (Vinx Lim Yi Xin)


Album India Tempatan Terbaik


Paarthu (Diwan)
SMS (Emergency)
Neethikku Poraatnam (Masta Clan)
Life Is A Mystery (Shruthi) - Pemenang
Saran Z Ennavaley (Saran Z)


Lagu India Tempatan Terbaik


Uyartinthidu Thozha (Jey Raggaveindra, Ashokan, Dr Ombala, Sidhartan, Jegathisan) - Pemenang
Thuli Thuli Mazhai Thuli (Preeta Prasad)
Uyirile Ondrage Kalantida (Sidharthan)
Talattu Paade (Sitharthan)
Megathul (Sivakumar A/L Jayabalan)


Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara


Teruskanlah (Agnes Monica)
Aku Wanita Biasa (Kris Dayanti) - Pemenang
Madu Tiga (Muhammad Dani)
Terlanjur Cinta (Rossa feat pasha Ungu)
Nuansa Bening (Vidi Aldiano)


Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu


Aubrey Suwito (Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti)
Acis (Hafiz)
Aubrey Suwito (Juwita Suwito)
Jenny Chin (Karen Kong/Dato Sheila Majid/Jaclyn Victor) - Pemenang
Greg Henderson (Prema Yin)

Comments (0)

Post a Comment


Jom layan sembang
PageRank Checking Icon My Ping in TotalPing.com http://Link-exchange.comxa.com Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net World Cup 2010 South Africa 2010 Dr.5z5 Open Feed Directory

Banner Korang Kat Sini

AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION

Backlink

Layan Pelawat