.
Manjakusayang

Adsense For Domain - Bahasa Melayu

0

Topik : ,



Nota ini sebagai panduan dan mudah untuk saya buat rujukan dan dalam masa yang sama boleh berkongsi dengan pembaca


Apa yang dimaksudkan dengan Google For Domain (AFD) ni?Kalau korang ada acc google adsense,pasti korang akan perasan google for Domain ni selepas adsense for content,adsense for search dan adsense for feed.Aku pasti ramai yang masih tak faham akan fungsi dan macam mana google for domain ni dapat memberikan kita income yang begitu mudah dengan hanya menggunakan domain sendiri like (com,net,org,)dan lain2 lagi.


Mungkin ramai diantara blogger2 merungut dan mungkin juga yang sudah "fedup" dengan google adsense ni sebab susah nak dapat click dan susah nak dapat income.Jangan putus asa,masih ada cara lain untuk dapat income dengan GA ni dengan menggunakan domain sendiri.Mengikut kajian yang aku jalankan di forum dan juga laman blog blogger2 lain,ramai yang berpendapat AFD ni lebih mudah nak dapat income.Kenapa ramai yang cakap macam ni? Ok,sebab utama AFD ni senang nak dapat income kerana earning yang kita dapat bukan melalui click, tetapi cukup sekadar visitor taip url domain kita.Mudah bukan?


Pada entry hari ini,aku tak akan ulas tip2 dan cara untuk dapatkan income dengan AFD.Aku sekadar ingin berkongsi apakah itu Adsense For Domain secara lebih terperinci untuk korang lebih paham.Ok,mengikut maksud AFD di Google,


*AFD membenarkan kita yang mempunyai domain yang tidak dimajukan untuk membantu pelawat mereka memberikan maklumat yang relevan termasuk iklan, link dan search results kepada pembaca domain tersebut.


*Dengan AFD ni juga,pelawat domain korang akan mendapat sesuatu yang beharga daripada berjumpa dengan laman web kosong atau "page not found".


*Kalau korang ada domain yang tidak dibangunkan, AFD ni akan membantu pelawat domain korang. Dengan erti kata lain, mereka akan mendapat pengalaman pelayaran internet yang lebih baik .


*AFD juga memberikan pengiklan peluang lebih banyak untuk mencari pelanggan dan domain korang akan menjadi tapak untuk mereka mencari pelanggan.Ia juga dikenali sebagai "Win to win situation".


Itulah serba sedikit mengenai Adsense For Domain.Diharapkan dengan info ni dapat membantu korang dan sekaligus dapat mengembalikan semangat korang untuk aktif semula dengan google adsense.


Tip aku nak bagi ni aku kumpulkan dari blogger2 yang dok bincang di forum dan juga tip yang aku guna pakai sendiri.Aku nak share kat sini bukan sebab aku pro.Tetapi disebabkan aku rasa benda2 camni patut dikongsi.Jangan kedekut ilmu sangat.Nanti rezeki tak masyuk.Sapa setuju? :)


Ok tanpa berlengah lagi,mari kita baca tip2 nak dikongsi ni.Aku andaikan korang dah paham apa itu adsense for domain la yer.


1) Masuk youtube,cari dan download video yang hit tinggi,then edit video tu semula .jangan lupa link kan sekali url domain korang dekat video tu dan upload semula video tu ke youtube


2) Download Software Fast Blog Finder dari www.fastblogfinder.com kemudian, carik blog yang dofollow dan PR2 ke atas yang sama niche dengan domain kita tuh. Kemudian bagi komen yang bernas. And then, letak nama dan domain AFD pada hujung komen tersebut. (jangan Spam!)


3) Submitkan artikel di Ezine Article dan masukkan link domain AFD di bawahnya.


4) Beli software referer X and then, promotekan domain AFD kita tuh.


5) Guna social networking web like facebook,myspace,friendster,tagged dll untuk promote link url kita tu.(perlu ingat jangan buat live link!)


6) promosikan link AFD melalui offline.Macam mana?korang buat la satu banner,name card x pon sticker lekat dekat kereta @ motor korang tu then korang p la ronda2 satu town.20-30% manusia yang nampak url korang tu pasti akan taip bila diorang tgh online.


7)link kan url AFD korang di signature forum.Melalui cara macam ni,peratus untuk korang dapat pelawat amat tinggi sekali.Kalau boleh cari forum mat salleh punya.Earning korang akan lebih tinggi jika pelawat tu datang dari eropah berbanding asia.


8) Guna keyword yang bernilai tinggi.Macam mana nak dapat keyword yang bernilai tinggi ni? search di google atau yahoo " high paying keyword " nanti korang dapat la keyword tuh.


9) Guna Yahoo Messenger,MSN,Skype,dll.Melalui cara ni memang mudah untuk korang dapat earning AFD.join chat room belah2 eropah sana especially US.Korang ajak la diorang sembang2 pastu korang promote la link AFD korang tu.Tapi perli ingat jangan bagi live link!


10) Gunakan Email.Ini lagi satu teknik mudah untuk korang promote link AFD.aku pasti korang yang baca entry ni pasti ada 1 email tak pun lebih bukan?Aku pasti juga setiap hari korang mesti akan send email ataupun forward email dekat kawan2 bukan?haa.dah alang2 berEMAIL tu,korang tinggalkan la signature link AFD korang tu.


11)Gunakan gambar.Korang cari la gambar2 yang boleh buat pelawat yang tengok gambar korang tu tertarik untuk taip url korang tu.Dah dapat gambar menarik korang link kan url AFD korang tu di gambar tu then forwardkan dekat kawan2 di myspace,friendster,,facebook,tagged dll.


Kalau korang ada tip2 lain untuk dikongsi,jangan segan silu untuk share ok.Sharing is caring tau.hehe


Note : oh ya sebelum aku terlupa,mungkin yang tertanya tanya kenapa tak boleh buat live link?mengikut TOS yang aku baca di google,diorang memang tak bagi kita promote link AFD melalui cara macam ni.Kena promote melalui cara Dead link.Kalau korang berani tanggung risiko cuba la promote melalui live link.Kalau tak kena banned xpela.Tapi peratus nak kena banned amat tinggi sekali :)

Comments (0)

Post a Comment


Jom layan sembang
PageRank Checking Icon My Ping in TotalPing.com http://Link-exchange.comxa.com Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net World Cup 2010 South Africa 2010 Dr.5z5 Open Feed Directory

Banner Korang Kat Sini

AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION

Backlink

Layan Pelawat