Harini kita bercerita sikit tentang tips dan trick yang korang mungkin tahu dan mungkin tak tahu lagi tentang Facebook nih.
Bercakap tentang Facebook.Semua orang ada Facebook kan? sehinggakan PM kita sendiri ada Facebook,takkan kita takda kot??kalau takde,usahalah untuk buat 1 akaun Facebook untuk diri korang.huhu..
Penggunaan Facebook ,memang semakin hari semakin meningkat dan semakin popular,sehinggakan ada orang addict kalau tak bukak Facebook sehari bagaikan nak gila dibuatknya..huhu..So,kat sini aku nak share kan beberapa perkara tips dan tricks yang aku jumpa untuk dikongsikan bersama buat mereka-mereka yang ingin meneroka lebih mendalam lagi tentang Facebook nih.
Kat sini,aku akan kongsikan 25 perkara yang mungkin korang dah tau ataupon masih belum mengetahui lagi,so,apakata kita cuba..try and error k..buat-buat yang masih lagi tak tahu,meh nak bagitahu..hahaha..
Antara 25 perkara tersebut adalah..
1.Sembunyikan Status Online Anda Dari Rakan-Rakan Yang Dipilih:
Jadi, korang hendak menggunakan Facebook chat tetapi tidak mahu beberapa orang untuk melihat status talian korang?Dengan mudahnya korang buka Chat Facebook dan klik pada Friends List. dan, buat 1 senarai baru yang iaitu blocklist.
Setelah list baru tu dibuat, tambah rakan-rakan korang ke senarai Blocklist tersebut untuk korang tunjukkan status offline korang.setelah korang selesai, halakan tetikus ke ikon hijau kecil berdekatan dengan senarai blocklist tersebut dan klik Go Offline. Yeeahh!korang sekarang akan muncul offline kepada semua orang di blocklist tersebut..hahaha
2.Lihat Profil Rakan korang Tanpa Aplikasi Yang berserabut:
Jika korang seperti aku, korang mesti rasa terganggu dengan puluhan aplikasi yang korang rasa berserabut yang telah ditambah oleh rakan-rakan korang di profile facebook mereka. Disini,terdapat sebuah script Grease Monkey Script yang membolehkan korang untuk melihat profil apapun tanpa gangguan dari semua aplikasi. korang boleh mencubanya dengan script tersebut DISINI3. Tunjukkan Facebook Status korang Pada Blog Wordpress korang:
Korang ingin menunjukkan status Facebook update korang di blog Wordpress korang? Disini terdapat sebuah plugin yang lebih kurang macam Twitter Updates yang menunjukkan update status Facebook korang.Korang boleh gunakan plugin StatusPress bagi membolehkan korang memaparkan status update korang ke Wordpress widget di blog korang semua..huhu
4. Akses Facebook Chat Melalui Desktop korang:
Korang tidak perlu ke Facebook.com jika korang hanya ingin berchating sahaja di Facebook chat.Korang hanya boleh melakukannya terus dari desktop korang dengan menggunakan social client seperti social.im , Adium atau ChitChat .5. Update Facebook Status Dari Firefox:
Jika korang adalah seorang pengguna tegar firefox,korang tidak perlu lagi menggunakan perisian lain untuk mengemas kini status Facebook. Cukup sahaja dengan memasang add-ons FireStatus dan mengemas kini status korang terus dari pelayar Firefox korang. Korang juga boleh menggunakan Toolbar Facebook untuk menguruskan semua perkara Facebook korang dari hanya menggunaka browser Firefox korang.6. Cipta Gambar Kenangan Sekolah korang Dari Gambar Teman Facebook korang:
Dengan mudah korang boleh buat sebuah gambar sekolah korang dari gambar-gambar foto profil di Facebook rakan-rakan korang dengan menggunakan Facebook app yang sederhana yang dipanggil Photo Collage..7. Tambah Seseorang rakan baru Tapi Sembunyikan dia dari Status Update korang:
Sebuah tutorial ringkas oleh Tim Watson yang memberi cara mudah untuk korang menyembunyikan tindakan status update korang dari dapat dibaca oleh orang lain,seperti contoh-bos korang..huhu.boleh belajar tutorial tersebut DISINI.8. Tetapkan masa untuk korang post status korang secara automatik di Facebook:
Jika korang ingin menghantar mesej Facebook secara automatik pada masa tertentu, Sendible adalah applikasi yang hebat untuk melakukan perkara tersebut.Korang juga boleh menggunakan Sendible untuk menghantar mesej kepada rakan-rakan korang pada masa yang ditetapkan.9. Berkongsi Foto Flickr korang Di Facebook:
My Flickr adalah aplikasi Facebook yang membolehkan korang untuk berkongsikan foto Flickr dan setkan foto tersebut untuk di’post’kan ke Facebook ,jadi rakan-rakan korang boleh melihat dan mengomen foto tersebut di Facebook sahaja..huhuhu.10. Cara Download Foto Album dari Facebook:
Pernah korang merasa mahu mengdownload semua album foto yang lengkap dari Facebook. korang dengan mudah dapat melakukannya dengan baik dengan menggunakan aplikasi desktop Windows yang bernama FotoBounce atau dari add-ons Firefox iaitu FacePad .huhu11. Upload Gambar-Gambar ke Facebook Dari Telefon korang:
Semua telefon canggih-canggih seperti iPhone dan Blackberry dibuat dengan mudah untuk meng-upload foto ke akaun Facebook korang, tetapi bagaimana korang hendak melakukannya jika korang mempunyai telefon yang biasa sahaja? mungkin tutorial nih dapat membantu korang..boleh rujuk DISINI. kalau korang nak terus direct upload gambar ke banyak social network seperti 1 gambar upload terus ke Facebook,Twitter,Flickr,Tumblr,Plurk dan lain-lain..korang boleh gunakan Pikchur .12. Lingkaran Magik/Magic Circles Di Facebook:
Disini merupakan cara hacked pada Facebook yang biasa dimana korang mungkin telah mendengar tentang kod Konami yang membuat lingkaran-lingkaran merah pada halaman Facebook korang. Ini mungkin salah satu trik paling popular Facebook yang secret.. Berikut adalah cara melakukannya:Tekan kekunci Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, B, A, kemudian tekan butang Enter ,seterusnya korang gerakkan Facebook korang keatas & kebawah ..Apa yang terjadi???Lingkaran Magik akan muncol kan?uhuhuhu..Untuk menghentikannya,korang hanya refresh balik halaman korang.
13. Gunakan bahasa Facebook korang seperti seorang Lanun:
Sukakan bahasa lanun? korang juga boleh menetapkan Facebook korang muncul bahasa seperti bahasa seorang lanun , dengan masuk ke Current Language Settings dan tetapannya ke English (Pirate).14. Masukkan Simbol-simbol yang Cool didalam Status Update korang:
Buatkan status update korang dengan menarik dengan menyelitkan simbol-simbol yang Cool. Sila Copy simbol-simbol tersebut dari senarai ini dan paste di update status korang.
15. Automatik Cuit Rakan yang Cuit Korang:
Tidak memiliki cukup waktu untuk mencuit kembali rakan-rakan yang mencuit korang di Facebook?Automatik cuit dengan Grease Monkey script iaitu Facebook Autopoke .16. Upload Gambar dari Picasa ke Facebook:
Upload gambar foto ke akaun Facebook korang terus dari Picasa dengan menggunakan Picasa app Facebook. korang juga boleh meng-upload keterangan Picasa dan mengubah saiz imej korang sebelum meng-upload ke akaun Facebook korang.17. Search Facebook seperti Seorang Pro:
Tidak semua orang tahu betapa kuatnya Facebook Search Engines. Serupa dengan Search Engine yang luas, carian Facebook memiliki banyak pilihan lanjutan untuk membantu korang mencari seperti seorang pro. Sebagai contoh jika kornag mencari seseorang bernama Aimi Mimy dan menapis keputusan korang hanya untuk orang yang sudah berkahwin, Korang boleh cuba nama: Aimi Mimy status:married. Senarai lengkap troubleshooting carian Facebook boleh dijumpai di sini18. Cara Update Status Facebook Dari Gmail:
Facebook gadget untuk Gmail membolekan korang untuk update korang nyer Facebook status terus dari akaun Gmail korang.19. Cara untuk Access Gmail dari Facebook:
Jika dulu korang harus meninggalkan Facebook hanya untuk memeriksa peti masuk Gmail korang,try guna Fmail . Ini merupakan aplikasi yang membolehkan korang untuk menyemak mesej dari dalam peti masuk Facebook korang tanpa perlu membuka Gmail pon.uhuhu.20. Guna Facebook dengan Twitter style:
Jika korang menyukai Twitter lebih dari Facebook, korang boleh melihat Facebook anda seperti korang melihat page Twitter korang dengan menggunakan grease monkey script. dapatkan DISINI .
21. Import Rakan Facebook ke Twitter:
FB140 adalah alat yang sederhana yang membolehkan korang mencari semua rakan korang yang menggunakan Twitter,jadi korang boleh follow mereka di Twitter..huhuhu22. Akses Facebook Dari Microsoft Outlook:
Ini adalah tip yang bagus bagi mereka-mereka yang bersekolah atau bekerja di tempat-tempat yang menyekat Facebook, tetapi membolehkan korang akses Facebook melalui Microsoft Outlook. Wikipedia memasang FBlook plugin dan Facebook akses dari Outlook.23. Tunjukkan Status Facebook korang secara Terbalik:
Ini adalah sesuatu yang cool dan menarik.Untuk memaparkan Update Status Facebook korang secara terbalik,dengan mudah korang pergi ke FlipText dan taip status korang,lepas tue,Copy dan kemudian Paste pada kotak Facebook Status korang..ngee~~.24. Update Status Facebook Menggunakan Twitter:
Ini mungkin perkara biasa dan mungkin ramai yang dah tahu..tapi,nak bagitau jugak cara nak update status korang dengan menggunakan twitter..dengan mudah,korang juz install Twitter application for Facebook. Selepas synced,tweetz korang haruslah dimasukkan sekali tag #fb yang akan secara automatik akan update status facebook korang..uhuhuh.25. Download Videos dari Facebook:
Facebook merupakan salah satu simpanan video yang terbesar yang diupload oleh orang ramai..korang jugak boleh download kebanyakan video dari Facebook dengan menggunakan client seperti SpeedBit atau DownFacbook.Owh…penat menaip,cukuplah setakat nih sahaja tips dan trick..ni pon dah kira banyak lah nih..hahaha..semoga korang dapat menambah lagi sedikit info terhadap Facebook nih..uhuhu..
gilaaaaaaaa!!!!mmmg banyak!!!!!!!!!